Bukan apa sebab kekangan masa dan kekurangan kuota internet. Tambahan dengan kemalasan yang melampau. Lagipun takda sapa nak baca. Hihihi.
Alhamdulillah dah nak hampir 2 bulan bergelar Staff Nurse a.k.a Jururawat Terlatih U29.
Dalam tempoh tuh banyak sangat perkara yang saya belajar terutamanya TANGGUNGJAWAB.
Kalau dulu masuk praktikal sebagai student nurse tak payah fikir nak taking over report, nak buat report dalam bht, nak ikut doktor round, nak buat plan rawatan pesakit, nak susun prosedur yang nak buat, nak dilute ubat, kira DDA, bagi ubat ikut dose, nak indent ubat, nak kira floor stok, nak buat observation, nak tutup carta intake output (I/O) pesakit, nak prepare pesakit pergi Dewan Bedah(OT), nak up drip, nak bagi blood tranfusion, nak cuci BO, nak sponging, nak telefon ambulans, nak transfer out pesakit, nak tolong doktor dalam apa2 prosedur, nak buat discharge dan pelbagai kerja yang seangkatan dengannya. Zaman student dan zaman kerja sangat berbeza bagai langit dengan bumi. Tambahan bila management ikut hospital tempat kita dihantar.
Dalam masa dua bulan nih macam2 yg saya belajar. Dan macam2 hal yang terjadi membuatkan kita akan lebih berhati2 dan peka terhadap tugas kita. Terkadang manusia pun lakukan kesilapan kerana kita semua tak sempurna. Tapi kesilapan itu yang mengajar kita sesuatu yang sangat berharga. Orang selalu kata belajar dari kesilapan kan? Ya kerana kesilapan yang walau sekecil kuman kita dapat berubah ke arah yang lebih baik.
Bulan pertama memang penuh cabaran. Maklumlah nak sesuaikan diri kat tempat orang. Tambahan pula tempat yang pertama kali kita jejak. Bulan pertama memang rasa sangat susah nak terima. Bayangkan setiap hari balik kerja akan menagis. Nak mandi pun menangis. Pakai baju menangis. Makan menangis. Tidur pun menangis. Air mata tuh dah macam geng paling setia.
Tapi bila menagis tuh sekurangnya dapat kurangkan rindu sebenarnya. Ya rindu pada ummi, ayah, adam, adik2 dan family. Bila jauh dari keluarga dugaan rindu tuh sangat kuat sampai satu tahap menangis je yg dapat redakan. Biasalah environment baru. Nak terima sesuatu perkara baru dalam keadaan yg drastik mmg susah. Tapi kan dah besar. Nak taknak kena la terima seadanya.
Terima kasih pada yang beri pengalaman untuk dua bulan nih. Bulan2 seterusnya harap prestasi makin meningkat. Hati moga terus tabah dan kuat. In shaa Allah.
No comments:
Post a Comment