Monday, 9 May 2016

Saya Rindu


Semoga kamu sentiasa dalam lindunganNya.

Saya anggap jarak bukan untuk memisahkan.

Kerana kita sebenarnya dekat.

Sebab kita berpijak di bumi yang sama.

Melihat langit yang sama.

Diterangi cahaya matahari yang sama.

Dan merasai perkara yang sama.

Saya kuat. Saya akan sentiasa bertahan.

Saya tunggu kepulangan awak.

Bukan kepulangan bila bercuti.

Tapi lebih kepada kepulangan kerana bertugas.

Harap mengerti.

...hidup adalah satu PERJALANAN...

Wednesday, 4 May 2016

Terima Kasih Allah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” [Al- Baqarah :216]

Lebih kurang 4 tahun yang lepas bilamana dipaksa untuk menerima tawaran separa perubatan bagi Diploma Kejururawatan terus terang saya katakan jawapan saya adalah "tidak mahu".
Bagaimana nak diungkap dengan kata-kata saat ulang tahun kelahiran ayah membawa surat tawaran dengan wajah yang sangat gembira dan mengatakan bahawa ianya hadiah di hari lahir saya. Ummi ketika itu sangat bersyukur dan ingin membuat doa selamat. Saya? Hanya diam membisu kerana sememangnya jururawat bukanlah pilihan saya.
Ketika itu hanya Allah yang tahu. Betapa saya benci. Tapi saya hanya berdoa padaNya mudahkan segala urusan saya.
Alhamdulillah kini saya bergelar Jururawat Terlatih.

Setahun yang lalu saya telah mula berkhidmat di tempat yang tidak pernah terfikir oleh saya. Pertama kali dalam hidup jejakkan kaki di sini. Pertama kali menghirup udara di sini. Dan pertama kali saya melihat kehidupan di sini. Perkara pertama yang terlintas hanyalah bagaimana akan saya mulakan kehidupan saya di sini. Tanpa ummi, ayah, adik-adik. Ummi dan ayah pulang ke kampung setelah urusan tempat tinggal saya selesai. Saya telah ditempatkan di wad yang amat dikenali dikalangan staff kesihatan di situ. Sebut sahaja nama wad tersebut semua akan berkata wad yang paling sibuk. Tapi saya tenangkan hati dan berdoa moga dimudahkan urusan saya. 

Permulaan hidup sebagai seorang perantau sememangnya banyak dugaan dan cabaran. Terutama bila kita keseorangan. Tipulah kalau kata saya tidak pernah menangis sepanjang saya mula berkhidmat. Hampir setiap hari saya akan menangis dan sentiasa menyoal kenapa saya yang berada di sini tapi itu yang makin kuatkan semangat saya. Mula-mula memang sukar bila banyak perkara baru yang perlu dipelajari. Ada yang suka ada yang duka. Tapi itu yang menguatkan kita. Kadang-kadang saya terfikir kenapa Tuhan berikan rezeki saya di sini? Kenapa bukan di samping keluarga? Dan kenapa perlu menjadi seorang perantau?

Alhamdulillah sekarang saya tahu banyak hikmah setiap dugaan yang terjadi dalam hidup. Tempat yang tidak pernah dijejak kini telah menjadi tempat saya. Hehehehe. Boleh dikatakan jalannya sudah dihafal malah lagi "expert" dari si dia yang berasal dari sini. Rakan-rakan sekeliling yang banyak membantu. Sahabat ummi dan ayah yang banyak menolong dan keluarga si dia yang menerima kekurangan diri saya. Terima kasih semua. Urusan juga dipermudahkan olehNya. Urusan gaji yang sangat cepat. Sebulan berkhidmat saya telah menerima gaji saya. Dan cukup setahun berkhidmat saya telah menerima surat pengesahan lantikan saya. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan. Terlalu banyak hikmah yang saya perolehi. 

Dan kadang-kadang saya terfikir semula sekiranya Tuhan berikan apa sahaja yang saya mahu akan beginikah kesudahannya? Hanya Allah yang mengetahui setiap apa yang terbaik untuk hambaNya. Kita sebagai hamba perlu berusaha dan tawakal. Semoga dimudahkan segala urusan kita semua. Ameen.



...hidup adalah satu PERJALANAN...

Sunday, 19 April 2015

Langkah Yang Baru

Sebenarnya dah lama kan tak update blog.
Bukan apa sebab kekangan masa dan kekurangan kuota internet. Tambahan dengan kemalasan yang melampau. Lagipun takda sapa nak baca. Hihihi.

Alhamdulillah dah nak hampir 2 bulan bergelar Staff Nurse a.k.a Jururawat Terlatih U29. 
Dalam tempoh tuh banyak sangat perkara yang saya belajar terutamanya TANGGUNGJAWAB.

Kalau dulu masuk praktikal sebagai student nurse tak payah fikir nak taking over report, nak buat report dalam bht, nak ikut doktor round, nak buat plan rawatan pesakit, nak susun prosedur yang nak buat, nak dilute ubat, kira DDA, bagi ubat ikut dose, nak indent ubat, nak kira floor stok, nak buat observation, nak tutup carta intake output (I/O) pesakit, nak prepare pesakit pergi Dewan Bedah(OT), nak up drip, nak bagi blood tranfusion, nak cuci BO, nak sponging, nak telefon ambulans, nak transfer out pesakit, nak tolong doktor dalam apa2 prosedur, nak buat discharge dan pelbagai kerja yang seangkatan dengannya. Zaman student dan zaman kerja sangat berbeza bagai langit dengan bumi. Tambahan bila management ikut hospital tempat kita dihantar.

Dalam masa dua bulan nih macam2 yg saya belajar. Dan macam2 hal yang terjadi membuatkan kita akan lebih berhati2 dan peka terhadap tugas kita. Terkadang manusia pun lakukan kesilapan kerana kita semua tak sempurna. Tapi kesilapan itu yang mengajar kita sesuatu yang sangat berharga. Orang selalu kata belajar dari kesilapan kan? Ya kerana kesilapan yang walau sekecil kuman kita dapat berubah ke arah yang lebih baik. 

Bulan pertama memang penuh cabaran. Maklumlah nak sesuaikan diri kat tempat orang. Tambahan pula tempat yang pertama kali kita jejak. Bulan pertama memang rasa sangat susah nak terima. Bayangkan setiap hari balik kerja akan menagis. Nak mandi pun menangis. Pakai baju menangis. Makan menangis. Tidur pun menangis. Air mata tuh dah macam geng paling setia. 

Tapi bila menagis tuh sekurangnya dapat kurangkan rindu sebenarnya. Ya rindu pada ummi, ayah, adam, adik2 dan family. Bila jauh dari keluarga dugaan rindu tuh sangat kuat sampai satu tahap menangis je yg dapat redakan. Biasalah environment baru. Nak terima sesuatu perkara baru dalam keadaan yg drastik mmg susah. Tapi kan dah besar. Nak taknak kena la terima seadanya. 

Terima kasih pada yang beri pengalaman untuk dua bulan nih. Bulan2 seterusnya harap prestasi makin meningkat. Hati moga terus tabah dan kuat. In shaa Allah.

...hidup adalah satu PERJALANAN...

Wednesday, 29 January 2014

"Apa Orang Kata Nanti"

"Apa orang kata nanti"
Ayat tu dah terbiasa saya dengar dari kecil sehingga dewasa.
Selalu terlintas di hati saya kenapa mesti mengikut kata orang?
Benar, ada kata2 orang itu elok diambil sebagai panduan tapi jika sampai menyusahkan hidup kita bagaimana?

Sering kali bila kita mula lakukan sesuatu atau mahu lakukan sesuatu kita akan fikirkan "apa orang kata" sedangkan perkara tersebut belum pun dilakukan.
Stigma negatif begitu pada pendapat saya hanya akan memundurkan diri.
Kita akan takut dan tiada keyakinan diri untuk melakukan sesuatu perkara kerana takut akan dikata orang.
Kalau begitu sampai bila?
Kalau nak berubah pun takut dikata orang.
Untuk kesenangan diri pun takut dikata orang.

Bila difikirkan balik, hidup begitu seperti diaturkan orang pula.
Kita manusia punya hak untuk mengatur apa yang kita perlu dalam hidup, apa yang kita mahu dalam hidup ini.
Setiap orang punya keinginan, impian, kemahuan tapi tidak mampu untuk mencapainya hanya kerana "apa orang kata".

P/s: kenapa perlu fikirkan apa orang kata. Lebih baik fikirkan apa Allah kata. Manusia semua tak sempurna. Kita lakukan perkara baik untuk kebahagiaan kita. Biar orang berkata asal kita bahagia. Lagipun Allah kan sentiasa ada untuk kita.
Hargai hidup kita kerana hidup ini kita punya bukan "orang" punya :)

...hidup adalah satu PERJALANAN...

Sunday, 18 August 2013

A.I.D.I.L.F.T.R.I



Masih tak terlambat rasanya nak ucapkan
"Selamat Hari Raya Aidilfitri" 
Maafkan salah silap saya selama ini :)

Raya tahun ni di Kampung Bukit Payong, Besut, Terengganu XD
Tahun depan saya bakal menjadi MEK KLATE.
Kenapa? Kerana ayah saya dapat pindah ke Penjara Machang, Kelantan.
Hujung tahun ini in sha Allah :)
Saya akan rindu Negeri Sembilan.

Raya tahun ni ramai yang tanya saya ni tingkatan berapa.
Mungkin disebabkan faktor KETINGGIAN saya yg x cukup ni kot =.="
Maklumlah adik2 semua melepasi ketinggian kakaknya.

Angah :)

Angah & Achik
Tengok! Mereka lagi tinggi =.="

My aunties with my Ummi :D

Ini ummi saya. Kami dah hampir sama tinggi :)

Ummi dan Mak cik saya XD

Alang & Adik Aqil
Bodyguard XD

See.. they all taller than me =.="
My hulubalang-hulubalang

Yang ini je tingginya tidak melepasi saya..
Ziqril Adam yg nakal ^_^

They are my love, my sweetheart
Ayah & Ummi <3
Itu gambar2 yang sempat dirakam ketika hari raya pertama.
Alhamdulillah kami masih boleh beraya bersama2 lagi.
Tahun ni tema kaler memang x ada.
Ikut suka hati nak pakai kaler apa. HIHI
Tahun depan in sha Allah akan dicuba untuk sama kaler.
Nanti boleh ambil gambar familly kan XD




...hidup adalah satu PERJALANAN...

Saturday, 8 June 2013

C U T I

Cuti akhir semester dh start 1 jun 2013 :)
Saya pn dh lama  selamat sampai di N9
Memang sgt rindu dgn orang di N9

Baru2 ni jiran sebelah rumah saya telah kembali ke rahmatullah
Al-Fatihah buat beliau
Semoga rohnya dicucuri rahmat
Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kembali

Cuti ni x tahu nak buat apa
Kereta big boss masih di kampung untuk di cat
jadi saya x dapat nak pergi bersiar2
HAHAHA
jahanam kereta itu dibuat saya
mesti big boss serik kan nak bagi pinjam
xpe2.. nnt kita buat muka kesian k

ingatkan cuti nih x payah buat assignment
senang lenang rasa nak balik bercuti
rupa-rupanya assignment dh siap menunggu la =.='
beginilah nasib student mcm saya nikan
xpela. demi masa depan "bakal anak"

cuti ni ramai yang bertunang, nikah, kahwin
giliran saya bila lagi??
In sha Allah 4 atau 5 tahun lagi :)
jemput datang ye

bila terima kad undangan kahwin kawan2 lama
ummi dgn ayah masing2 akan mengenang gelagat kami masa kanak2 dulu
mcm x sangka kan teman sepermainan yg berlari2 terkinja2 dgn kita akan tamatkan zaman bujang
alhamdulillah dah jodoh mereka sampai
semoga berkekalan hingga akhir hayat mereka 
Amin..

yeah! cuti2 ni kita pakat isi perut dgn gulai kawah mehhhh
kompang dipalu pengantin malu hey !
^_^

...hidup adalah satu PERJALANAN...

Friday, 24 May 2013

V I R U S

Disebabkan ntah virus apa yg masuk dalam fon saya..
Ianya terpaksa diFORMAT semula..
Dan yang membuatkan saya sedih adalah 
duit saya telah terbang RM3o !
Apelah nasib.. baru je elaun..
Tapi x kisah la janji talipon dah okay..
HEHEHE

Dah lama x update kan.. 
Hanya tnggal mggu dpan je saya praktikal..
Lepas tu saya akan berCUTIIIII !!!
Ya.. miss my UMMI so much !
X sabar nak balik bergosip dgn dia.. HEHEHE
My AYAH pun rindu jugak :)

Sekarang ayah dah pandai main facebook..
So, x boleh nak senang hati update yg bukan2..
Kena berhati2 skrg nih..
Ayah siap antar chat lagi..HAHAHA
bila kawan tanya chatting ngan sape then saya jwb
" dgn AYAH "
masing2 memandang pelik.. KIHKIHKIH

Skrg menteri S ada kat sg buloh ni..
Knpa "menteri" ??
Sebab dia sgt busy utk dijumpai..
Kesian saya kan.. HAHAHAHA
Tapi xpela.. x kesah pon sbb masih lg dekat..

Hari ahad ni in shaa Allah nak g jalan TAR !
Nak g shopping.. HEHEHE
Cuci2 mata jap sblum kita tahu result kita,,
Hope everything gonna be okay
In Shaa Allah :)


...hidup adalah satu PERJALANAN...