"Apa orang kata nanti"
Ayat tu dah terbiasa saya dengar dari kecil sehingga dewasa.
Selalu terlintas di hati saya kenapa mesti mengikut kata orang?
Benar, ada kata2 orang itu elok diambil sebagai panduan tapi jika sampai menyusahkan hidup kita bagaimana?
Sering kali bila kita mula lakukan sesuatu atau mahu lakukan sesuatu kita akan fikirkan "apa orang kata" sedangkan perkara tersebut belum pun dilakukan.
Stigma negatif begitu pada pendapat saya hanya akan memundurkan diri.
Kita akan takut dan tiada keyakinan diri untuk melakukan sesuatu perkara kerana takut akan dikata orang.
Kalau begitu sampai bila?
Kalau nak berubah pun takut dikata orang.
Untuk kesenangan diri pun takut dikata orang.
Bila difikirkan balik, hidup begitu seperti diaturkan orang pula.
Kita manusia punya hak untuk mengatur apa yang kita perlu dalam hidup, apa yang kita mahu dalam hidup ini.
Setiap orang punya keinginan, impian, kemahuan tapi tidak mampu untuk mencapainya hanya kerana "apa orang kata".
P/s: kenapa perlu fikirkan apa orang kata. Lebih baik fikirkan apa Allah kata. Manusia semua tak sempurna. Kita lakukan perkara baik untuk kebahagiaan kita. Biar orang berkata asal kita bahagia. Lagipun Allah kan sentiasa ada untuk kita.
Hargai hidup kita kerana hidup ini kita punya bukan "orang" punya :)